Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Ringgit naik berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen pasaran terhadap unit tempatan yang meningkat susulan harga minyak global yang tinggi.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0800/0830 berbanding dolar US daripada 4.0830/0870 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata harga minyak telah meraih momentum dengan pengurangan bekalan yang menyokong pasaran.


“Ini, sekali gus, dilihat sebagai positif kepada perolehan minyak dan gas negara,” katanya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.3 peratus kepada US$69.59 setong manakala minyak mentah US West Texas Intermediate naik 0.1 peratus kepada US$62.64 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun, yang meningkat kepada 3.6612/6642 daripada 3.6662/6704 semasa ditutup semalam.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0124/0151 daripada 3.0115/0149, susut berbanding pound British kepada 5.3570/3614 daripada 5.3275/3331 dan rendah berbanding euro kepada 4.5757/5795 daripada 4.5738/5799 sebelum ini. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next