NASIONAL

RON95 dan Diesel kekal, RON97 naik 1 sen

KUALA LUMPUR, 26 APR: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter kepada RM2.81 seliter bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal -masing-masing pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh berkenaan.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 27 April hingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta,” menurut kementerian itu.

Ia menarik perhatian bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik satu sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter, dan bagi diesel naik dua sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter.

Namun, Kementerian Kewangan berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

– BERNAMA


Pengarang :