Selangor terus bantu golongan miskin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Selangor terus bantu golongan miskin

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 APRIL: Golongan miskin di negeri ini terus menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, bantuan itu meliputi pelbagai aspek seperti kepakaran teknikal, modal dan peralatan.


Bagaimanapun katanya, bantuan kerajaan semata-mata tidak mencukupi jika golongan itu tidak berusaha keras untuk memajukan diri sendiri.

“Sasaran kerajaan adalah tidak mahu ada sesiapa tertinggal di belakang dalam kita mengejar arus kemajuan negara yang semakin mencabar ini,” katanya ketika melancarkan Kelab WISH di Hotel Accapella di sini, hari ini.

Rodziah berkata, ketika ini sebilangan besar bantuan disalurkan kepada masyarakat Melayu ekoran 75 peratus golongan miskin terdiri daripada kelompok terbabit.

“Sehingga kini, walaupun pelbagai bantuan diberikan tetapi masih belum berjaya mencapai sasaran yang diharapkan,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu berkata, kerajaan juga memastikan kebajikan kaum lain mendapat pembelaan sewajarnya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next