SUKANKINI

SUKMA 2022: Selangor letak harapan jadi tuan rumah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 APRIL: Selangor meletakkan harapan tinggi dan bersedia menjadi tuan rumah dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, kata Mohd Khairuddin Othman.

Hasrat berkenaan dinyatakan EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Pembangunan Modal Insan itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, ketika melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Putrajaya semalam.

Mohd Khairuddin berkata, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama secara dekat dengan KBS untuk memajukan sukan di Selangor.

“Pada pertemuan lebih satu jam itu, banyak perkara dicapai, terutama dalam soal membangunkan Majlis Sukan Negeri.

“Yang Berhormat Menteri juga bersetuju untuk membantu Selangor memartabatkan sukan wanita dan beliawanis Selangor serta akan menganjurkan beberapa program dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memohon untuk kembali menjadi sebahagian daripada peserta Akademi Kejurulatihan di Institut Sukan Negara sebagai usaha melatih jurulatih Selangor.


Pengarang :