NASIONAL

TMJ berhak kritik kerajaan – PM

KUALA LUMPUR, 9 APR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhak bercakap atau memberi kritikan terhadap kerajaan.

Beliau berkata, Tunku Ismail merupakan warga Malaysia dan tiada apa yang boleh menghalangnya daripada menyuarakan pendapat.

“Dia boleh bercakap apa jua sebagai orang biasa, boleh kritik terhadap kerajaan asalkan tidak melanggar undang-undang. Jika dia membuat kenyataan yang dianggap hasutan, kita akan mengambil tindakan terhadap beliau.

“Beliau tidak mengatasi undang-undang. Sebenarnya tiada sesiapa di Malaysia yang mengatasi undang-undang. Pilihan di tangan beliau, jika beliau mahu berpolitik beliau boleh tetapi tiada yang dapat menghalang rakyat Malaysia menyuarakan pendapat,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakanTMJ yang kerap memberikan kritikan, yang secara tidak langsung ditujukan kepada Putrajaya.

– BERNAMA


Pengarang :