SELANGOR

Tubuh jawatankuasa PAKATAN Selangor peringkat Parlimen

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) akan menubuhkan jawatankuasa PAKATAN Selangor di peringkat Parlimen bagi menyelaras gerak kerja.

Pengerusi PAKATAN negeri, Amirudin Shari berkata, jawatankuasa itu akan diwakili oleh Ahli Parlimennya di Selangor.

“PAKATAN mengadakan mesyuarat pada 15 April bagi membincangkan kesepakatan dalam gerak kerja untuk rakyat Selangor.

“Antara persetujuan dicapai ialah penubuhan jawatankuasa itu di peringkat Parlimen bagi menyelaras gerak kerja. Jawatankuasa ini akan diwakili Ahli Parlimen PAKATAN di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, pemukiman PAKATAN negeri juga diadakan bagi mengukuhkan muafakat dan menyusun strategi untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran gabungan itu di Selangor.

“Pemukiman ini juga akan turut dihadiri pemimpin utama PAKATAN di Persekutuan,” katanya.


Pengarang :