BERITA UTAMANASIONAL

UEC: Hanya kerajaan sahaja boleh iktiraf – Tun M

PETALING JAYA, 4 APR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) hanya boleh dibuat kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

“Kalau kita nak iktiraf, kerajaanlah mesti iktiraf,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi lembaga kelayakan itu merangkap Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) mulai 2021.

– BERNAMA


Pengarang :