SELANGOR

Unik, lakaran wajah MB hiasi kopi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 17 APRIL: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, memuat naik gambar secawan kopi yang dihiasi lakaran wajahnya sendiri.

Gambar itu dikongsikan bersama pengikutnya menerusi Instagram Amirudin_Shari hari ini.

Gambar kopi unik berkenaan dimuat naik selepas Amirudin berkunjung ke Kafe Nissan Crossing ketika mengadakan lawatan kerja ke Jepun.

Menerusi ruang kapsyen, beliau juga sempat berpantun, ‘Kopi bukan sebarang kopi, Matahari terbit asal buatan, Sekali pandang bawa ke mimpi, Budi baik kekal diingatan’.

Kafe Nissan Crossing adalah salah satu kafe terkenal di Jepun yang menjadi tarikan pelancong.

Kafe unik itu menyediakan perkhidmatan dengan membolehkan pelanggan menikmati kopi yang dihias dengan cetakan wajah mereka sendiri.

Tambah menarik apabila kafe itu turut menyediakan peranti mudah alih (tablet) yang membolehkan pelanggan melihat pelbagai maklumat berkenaan kemudahan Nissan dari seluruh dunia.


Pengarang :