Selangorkini
SELANGOR

Urus dengan tanggungjawab, MB tolak dasar populis

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 26 APR: Dato’ Menteri Besar mengingatkan bahawa Selangor diurus tadbir dengan penuh tanggungjawab dan bukannya mengetengahkan dasar populis yang akhirnya merugikan negeri dan rakyat.

Amirudin Shari berkata, ini kerana dasar populis lambat laun mampu menjerumuskan Selangor dalam krisis kewangan pada masa hadapan.

“Kalau saya nak popular saya boleh naikkan pemberian air percuma kepada 50 meter padu tetapi saya perlu uruskan negeri ini dengan prinsip kebertanggungjawaban kerana ia memberi kesan negatif dan tidak mampan kepada kewangan negeri.

“Sesiapa dipilih menjadi Menteri Besar selepas saya akan dapat menikmati kestabilan kewangan negeri lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall Jelajah Maju Bersama YAB Menteri Besar dan EXCO Ke Daerah Kuala Selangor Di Dewan Raja Lumu, Pejabat Agama Islam Kuala Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, beliau menjangkakan Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan besar apabila peserta tahun pertama skim TAWAS matang beberapa tahun lagi.

Katanya, keadaan ini menyebabkan Kerajaan Negeri harus melaksanakan dasar pensejajaran Inisiatif Peduli Rakyat bagi mengekalkan kewangan negeri kekal kukuh.


Pengarang :