KUCHING, 5 April – Kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen serta mahu memartabatkan industri kain tenun bermotifkan corak etnik Sarawak telah mendorong pereka fesyen muda Wan Bainun Wan Zaizodin, 29, untuk memulakan perniagaan pakaian dengan membuka sebuah butik yang dinamakan butik Wan Bynun di China Street hari ini. Anak kelahiran bumi Kenyalang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam memberanikan diri untuk memulakan perniagaannya sendiri dengan menjual baju-baju rekaannya di butik yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching dengan hanya bermodalkan RM6,000 sahaja. Beliau juga mengambil peluang dengan menyertai pelbagai pertandingan fesyen yang dianjurkan di dalam dan luar negara antaranya Sarawak Fashion Award 2016, Sarawak Fashion Fiesta 2016, Borneo Fashion Week 2017 dan Borneo International Beads Conference Fashion Show 2017.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?
RENCANA

Wan Bainun martabat kain tenun motif etnik Sarawak

KUCHING, 7 APRIL: Minat yang mendalam dalam bidang fesyen serta mahu memartabatkan industri kain tenun bermotifkan corak etnik Sarawak telah mendorong Wan Bainun Wan Zaizodin, 29, memulakan perniagaan pakaian dengan membuka sebuah butik.

Katanya, sejak menamatkan pengajian pada 2014, beliau sememangnya berkeinginan untuk mempunyai butik sendiri tetapi kerana tiada modal beliau terpaksa bekerja sementara sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

“Pada ketika itu, saya tidak mempunyai sebarang komitmen, jadi setiap kali mendapat gaji saya akan berusaha untuk menyimpan sebahagian daripada duit gaji tersebut untuk dijadikan modal perniagaan.

“Dalam pada itu, saya juga pernah mencuba nasib untuk menyertai syarikat perniagaan pakaian sebagai pereka fesyen memandangkan saya ada ijazah dalam rekaan fesyen, tetapi tidak bernasib baik dan hanya ditawarkan sebagai jurujual,” katanya ketika ditemui Bernama di butik Wan Bynun milik beliau di China Street, di sini.

Menurut anak kelahiran bumi Kenyalang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu, daripada pengalaman tersebut, beliau berfikir sejenak alangkah baiknya jika beliau bekerja sendiri dan menggunakan kemahiran yang ada sebaik mungkin.

“Semakin hari, niat untuk membuka butik sendiri semakin kuat, dan sebelum berjaya membuka butik, saya turut berjinak-jinak membuat baju rekaan saya dengan menjualnya di beberapa butik dan vendor yang ada di sekitar pusat beli-belah di sini bagi menampung modal untuk memulakan perniagaan.

“Akhirnya pada 2016 dengan modal yang kecil, sokongan dan bantuan daripada kedua-dua ibu bapa, saya berjaya membuka butik sendiri,” katanya.

Bermodalkan RM6,000 sahaja, kata Wan Bainun, beliau nekad dan memberanikan diri untuk memulakan perniagaanya sendiri dengan menjual baju-baju rekaannya di butik yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching.

Mengulas lanjut, pereka muda ini berkata, dalam berniaga, beliau juga mengambil peluang dengan menyertai pelbagai pertandingan fesyen yang dianjurkan di dalam dan luar negara.

KUCHING, 7 April – Kerana minat yang mendalam dalam bidang fesyen serta mahu memartabatkan industri kain tenun bermotifkan corak etnik Sarawak telah mendorong pereka fesyen muda Wan Bainun Wan Zaizodin, 29, untuk memulakan perniagaan pakaian dengan membuka sebuah butik yang dinamakan butik Wan Bynun di China Street hari ini.
Anak kelahiran bumi Kenyalang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam memberanikan diri untuk memulakan perniagaannya sendiri dengan menjual baju-baju rekaannya di butik yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching dengan hanya bermodalkan RM6,000 sahaja.
Beliau juga mengambil peluang dengan menyertai pelbagai pertandingan fesyen yang dianjurkan di dalam dan luar negara antaranya Sarawak Fashion Award 2016, Sarawak Fashion Fiesta 2016, Borneo Fashion Week 2017 dan Borneo International Beads Conference Fashion Show 2017.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Antaranya, Sarawak Fashion Award 2016, Sarawak Fashion Fiesta 2016, Borneo Fashion Week 2017 dan Borneo International Beads Conference Fashion Show 2017.

“Daripada situ, saya mula menempa nama dan dikenali ramai selain pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Sarawak Fashion Award pada 2017. Malah pelanggan saya juga semakin bertambah, dari dalam dan luar negara seperti Jepun, Sepanyol dan China yang mahukan kelainan, bermotifkan corak etnik dan moden kontemporari,” katanya.

Wan Bainun juga pernah terpilih untuk mewakili negeri Sarawak dalam pertandingan Indonesia Modest Fashion Week 2018 bagi kategori pereka muda di Jakarta.

“Itu antara momen paling indah, saya bangga dengan kemampuan saya, walaupun saya agak baru dalam industri fesyen saya mampu membawa nama Sarawak ke satu tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Jelas Wan Bainun, perniagaan pakaian adalah satu perniagaan yang bermusim dan tidak sentiasa menguntungkan walaupun sudah dikenali dan mempunyai pelanggan tersendiri.

Secara purata keuntungan setiap bulan adalah RM6,000 ke atas manakala pada musim perayaan seperti hari raya, beliau boleh meraih keuntungan sebanyak RM30,000 jika hasil rekaannya habis terjual.

“Bagi saya, untuk melakukan sesuatu perlu ada minat yang mendalam, tidak dinafikan saya juga pernah merasa ‘down’ kerana pasaran di Kuching ini tidaklah sebesar pasaran di Kuala Lumpur tetapi tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti dan berhijrah ke sana,” katanya.

Katanya, kepada golongan belia yang mahu menceburi bidang perniagaan, usahlah menunggu sehingga mendapat modal yang besar, mulalah daripada modal yang kecil, sekali anda melangkah pasti ada sesuatu yang lebih baik.

“Bermulalah secara perlahan-lahan, berfikir positif kerana setiap langkah yang disusuli dengan niat pasti akan membuahkan hasil,” ujarnya. -BERNAMA


Pengarang :