BERITA UTAMANASIONAL

Yuna pilih Selangor lokasi klip video baharu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 APRIL: Penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di Hollywood, Yuna, memilih Selangor sebagai salah satu lokasi penggambaran video muziknya, Forevermore.

Antara lokasi berkenaan ialah Stadium Shah Alam dan Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 32, turut melakukan penggambaran di Empangan Timah Tasoh dan Bukit Keteri, Perlis, yang juga kampung halamannya.

Sehingga malam tadi, Forevermore yang dikongsi di YouTube mulai 4 April lalu berjaya meraih lebih 683,000 tontonan.

Klip video itu turut mendapat pujian netizen yang rata-rata menyukai buah tangan terkini daripada penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu.

Ia ekoran kreativiti Yuna mengetengahkan lokasi cantik di negera ini dalam video berkenaan sehingga menghasilkan visual sangat penuh warna-warni.

Antara lagu popular Yuna ialah Crush, Terukir di Bintang, Penakut dan Cinta Sempurna.


Pengarang :