GLOBAL

41 terkorban nahas kapal terbang di Moscow

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

MOSCOW, 6 MEI: 41 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan satu anak kapal terkorban selepas sebuah pesawat Aeroflot Superjet milik Rusia Aeroflot membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, 1.02 tengah hari, waktu tempatan, hari ini.

Manakala, 33 penumpang dan lima anak kapal berjaya menyelamatkan diri melalui slaids kecemasan pesawat di pintu hadapan pesawat berkenaan.

“Rakaman video menunjukkan pendaratan cemas pesawat jenis Sukhoi Superjet-100 melonjak di sepanjang tarmac di lapangan terbang Sheremetyevo Moscow sebelum bahagian belakang pesawat tiba-tiba pecah,”kata sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang Rusia, Jawatankuasa Penyiasatan, Yelena Markovskaya lapor BBC.

Pada masa sama, pihaknya mengesahkan bahawa penerbangan SU1492 daripada Moscow ke Murmansk mengalami kebakaran enjin dan diarahkan berpatah balik bagi perdaratan cemas.

Sementara itu, Jurucakap Syarikat Aeroflot berkata, krewnya menghantar isyarat kecemasan apabila ‘malfunctions’ berlaku dalam cuaca buruk sejurus selepas berlepas.

“Pihak krew melakukan segala usaha menyelamatkan nyawa penumpang dan memberikan bantuan kecemasan kepada mereka terlibat.

“Malangnya, mereka tidak dapat menyelamatkan kesemua penumpang di atas kapal,” kata jurucakap itu melalui laman sesawang rasmi Aeroflot, hari ini.

Dalam pada itu, Aeroflot mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas berkenaan.

Sumber: BBC

 


Pengarang :