SELANGOR

49 peserta tamat Kursus APMS Siri 1/2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

BANTING, 3 MEI: Seramai 49 peserta berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda Sukerala (APMS) Penguat Kuasa Negeri Selangor pengambilan Siri 1/2019, di Pusat Latihan Penguat Kuasa Selangor (PULAPES), Jugra, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 13 peserta adalah Srikandi terdiri daripada agensi penguat kuasa meliputi 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Majlis perbarisan sempena tamat latihan itu disempurnakan Panglima Briged Kesebelas Infantri Malaysia, Briged Jeneral Dato’ Dr Mohd Radzi Abdul Hamid.

Turut hadir, Timbalan Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, Lt Kol Azmi Tukiman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Yasir Yahya.

Dr Mohd Radzi berkata, kesemua perajurit muda itu adalah anggota baharu terdiri daripada badan penguat kuasa seluruh Selangor.

Katanya, inisiatif dijalankan Kerajaan Negeri itu bagi melengkapkan disiplin kerja selain menyemai jati diri yang kukuh dalam kalangan anggota penguat kuasa, khususnya di Selangor.

“Sepanjang sebulan menjalani kursus ini, mereka diterapkan dengan asas ketenteraan seperti aktiviti kawad, penggunaan senjata, keselamatan termasuk memberi arahan ketika menjalankan tugas serta khidmat masing-masing.

“Malah, kita juga mahu mendidik mereka sebelum dihantar ke badan penguasa di Selangor untuk bertugas sebagai anggota penguat kuasa,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Pelatih Keseluruhan Terbaik dinobatkan kepada Zamri Daswir Danur daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebanyak lima anugerah khas lain turut disampaikan antaranya Pelatih Aktiviti Luar Terbaik kepada Aina Nasiha Husin (Majlis Perbandaran Klang); Pelatih Kepimpinan Terbaik kepada Mohd Rasyid Ibrahim (Majlis Perbandaran Sepang) dan Pelatih Penembak Terbaik kepada Saiful Aqmal Din (Majlis Perbandaran Ampang Jaya).

Pelatih Kawad Terbaik diberi kepada Muhammad Arif Othman (Majlis Bandaraya Shah Alam) manakala Pelatih Akademik Terbaik ialah

Majlis tamat latihan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga yang datang bagi menyaksikan acara bersejarah bagi mereka.

 


Pengarang :