920 penduduk DUN Batu Tiga terima manfaat Jom Shopping | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

920 penduduk DUN Batu Tiga terima manfaat Jom Shopping

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 MEI: Seramai 920 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menerima bantuan baucer Jom Shopping Hari Raya di sebuah pasaraya, di sini, hari ini.

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program itu dilaksanakan menjelang perayaan utama umat Islam yang akan disambut bulan hadapan.


Katanya, ia adalah kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

 

“Tahun ini kita meneruskan tradisi memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan bagi meraikan pengundi-pengundi DUN Batu Tiga.

“Tahun ini melebihi jangkaan kita, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 800 penerima, bagaimanapun kita mendapat permintaan menerima 1,000.

“Oleh itu, bagi penerima yang tidak dapat menerima bantuan Jom Shopping ini, saya akan memberikan mereka bantuan daripada program yang lain,” katanya yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu, di Giant Kemuning Utama, di sini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Khalid memuji usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyatnya dalam pelbagai program IPR.

“Tahniah Kerajaan Negeri yang berjaya meneruskan program merakyatkan ekonomi Selangor.

“Tahun ini kita nampak lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai dan ini menunjukkan kerajaan terus prihatin dan mengambil berat keadaan rakyat.

“Bagi Selangor, ia tiada masalah untuk teruskan, cuma di peringkat Persekutuan agak sukar melaksanakan kerana kita ambil alih dalam keadaan ekonomi kurang stabil, namun saya percaya kita boleh laksanakan nanti,” katanya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next