SELANGOR

Agihan zakat naik lebih RM200 juta sejak 2014

 

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 15 MEI: Jumlah agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS) buat golongan memerlukan meningkat sebanyak RM234 juta sejak lima tahun lalu.

LZS melalui kenyataan di laman facebook berkata, pada 2014 jumlah agihan zakat ialah sebanyak RM596 juta, 2015 (RM676 juta), 2016 (RM697 juta), 2017 (RM616 juta) dan 2018 (RM830 juta).

Sementara jumlah kutipan zakat juga dilihat meningkat iaitu sebanyak RM211 juta dalam tempoh lima tahun.

Pada 2014 jumlah kutipan yang dicatatkan ialah RM582 juta, 2015 (RM627 juta), 2016 (RM674 juta), 2017 (RM757 juta) dan 2018 (RM794 juta).

Sebelum ini, Ketua Pegawai Penyelaras LZS , Abdul Basith Hamid berkata, ramai beranggapan LZS dalam keadaan mewah dengan kutipan zakat tahun lalu mencecah RM800 juta, tetapi keperluan sebenar agihan adalah tinggi sehingga mencecah RM900 juta.

“Saya merayu kepada pembayar zakat yang mahu menunaikan kewajipan berzakat keluar dari Selangor untuk mengkaji semula keperluan ini.

“Bantuan pembayar zakat diperlukan bagi membolehkan urusan agihan kepada penerima dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

 


Pengarang :