KUALA LUMPUR, 11 Mei — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kanan) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara malam ini. Turut hadir, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri). — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMANASIONAL

Agong berbuka puasa bersama anggota kabinet, perwakilan asing

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta barisan anggota Kabinet di Istana Negara di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Majlis itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Jepun, Filipina, India dan Brunei.

— BERNAMA


Pengarang :