KUALA LUMPUR, 18 Mei — Reaksi ceria Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menyediakan bahan-bahan untuk bubur lambuk resepi istimewa baginda pada Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini. Turut kelihatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun (tiga, kiri). Baginda menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging, antara makanan tradisi setiap kali menjelang Ramadan. Dua kawah bubur lambuk yang dimasak oleh Tunku Azizah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 71 buah kawah bubur lambuk termasuk satu penyertaan daripada Persatuan Anak Melayu Johor yang dimasak secara gotong-royong melalui program berkenaan.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?
BERITA UTAMANASIONAL

Air tangan Raja Permaisuri Agong buat Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Ramadan tahun ini membawa kenangan indah bagi anak kebajikan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi penghuni rumah berkenaan.

Kunjungan Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Atiyatullah diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong berbesar hati berkongsi air tangannya memasak bubur lambuk menggunakan resepi istimewa baginda sebagai juadah berbuka puasa untuk rumah perlindungan itu.

Baginda kemudian berangkat melawat kediaman rumah perlindungan itu yang menempatkan 117 kanak-kanak berbilang kaum yang kurang bernasib baik, berusia bawah 12 tahun.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyampaikan bantuan kepada 100 penerima daripada rumah kebajikan itu, sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).


Pengarang :