NASIONAL

Akaun media sosial Anwar diceroboh

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabatnya termasuk akaun media sosial miliknya, sejak Jumaat lalu.

Dalam kenyataan, Anwar berkata pihaknya sedang menyelenggara permasalahan terbabit.

Beliau turut menasihatkan supaya semua pihak kekal berwaspada dengan segala maklumat yang datang dari pejabatnya mahupun akaun media sosial atas namanya.

“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan dalam menyelesai isu pencerobohan siber ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Anwar berkata, gejala pencerobohan siber semakin merebak tatkala ramai orang meluangkan masa dalam ruang digital.

“Ternyata ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita menggunakan teknologi, dan sentiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas digital sama ada untuk keuntungan segera atau membangkit ketidaktentuan dan kecelaruan.

“Isu-isu ini juga disentuh dalam mengajukan Digital Native Agenda (DNA23) yang kini menjadi fokus,” katanya.


Pengarang :