Avengers: Endgame kutip US$2 bilion dalam tempoh 12 hari | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Avengers: Endgame kutip US$2 bilion dalam tempoh 12 hari

LOS ANGELES, 6 MEI: Filem adi wira “Avengers: Endgame” melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kutipan terpantas melepasi US$2 bilion di seluruh dunia hanya dalam tempoh 12 hari tayangan dengan jumlah keseluruhan US$2.189 bilion, lapor agensi berita Xinhua.

“Avengers: Endgame” mengutip US$428 juta di seluruh dunia pada hujung minggu kedua, termasuk US $145.8 juta di Amerika Utara dan US$282.2 juta di pasaran luar negara sehingga Ahad.

Diarahkan Anthony Russo dan Joe Russo, filem berkisar mengenai pasukan adi wira dari Komik Marvel the Avengers itu adalah yang terakhir dalam 22 siri filem itu.


China menjadi pasaran antarabangsa paling hebat untuk filem itu, hari pertama tayangannya pada 23 April lalu jumlah kutipan mencecah 3.88 bilion yuan (US$576 juta) dan menduduki ranking ketiga dalam sejarah kutipan pecah panggung di negara itu selepas “The Wandering Earth” dan “Wolf Warrior 2.”

– BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next