Bekas Adun Penanti meninggal dunia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Bekas Adun Penanti meninggal dunia

BUKIT MERTAJAM,19 MEI: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Ahmad Saad, 68, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini awal pagi tadi.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Allahyarham yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi.

“Jenazah dibawa ke rumahnya di Jalan Baru di sini, dan disolatkan di Masjid Jalan Baru sebelum di kebumikan kira-kira pukul 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Panjang,” katanya di sini hari ini.


Allahyarham menghidap angin ahmar sejak lapan tahun lalu dan kesan daripada penyakit itu menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan serta terlantar di rumahnya di Jalan Baru, di sini.

Mohd Zaidi berkata, selain menjadi ADUN Penanti dari 1991 hingga 1995 Allahyarham juga pernah menjadi ADUN Permatang Pasir pada 1995 hingga 1999) , bekas Ketua UMNO Permatang Pauh dan turut pernah menjadi Exco Pemuda UMNO.

Allahyarham berasal dari Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang di Permatang Pauh dan pernah menjadi pegawai daerah Bukit Mertajam dari tahun 1976 hingga 1978.

– BERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next