EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Bursa Malaysia dibuka rendah disebabkan ketidaktentuan pasaran luaran yang berterusan.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 12.81 mata kepada 1,590.93 selepas dibuka rendah 3.8 mata kepada 1,599.94.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 299 berbanding 72, dengan 160 kaunter tidak berubah, 1,366 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 229.3 juta bernilai RM138.73 juta.

Peniaga berkata, walaupun terdapat sokongan kepada saham berkaitan indeks, sokongan tersebut tidak stabil dengan ketidaktentuan pasaran luaran yang berterusan akan mengurangkan sokongan dan menyebabkan kebanyakan saham rendah.

“Di peringkat domestik, terdapat beberapa petunjuk penting yang akan membantu meningkatkan sentimen.

“Oleh itu, FBM KLCI yang rendah dijangka berterusan yang dapat menyaksikan indeks utama melepasi paras sokongan 1,600 kepada paras 1,595 dan 1,593. Sementara itu, paras halangan, masing-masing pada 1,610 dan 1,620,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut sembilan sen kepada RM8.90, Public Bank merosot empat sen kepada RM22.40, dan Petronas Chemicals berkurangan 44 sen kepada RM8.38.

CIMB menambah dua sen kepada RM5.16 manakala TNB tidak berubah pada RM11.68.

Daripada saham yang diniagakan secara aktif, Barakah turun dua sen kepada lima sen, Bumi Armada dan Sapura Energy, masing-masing susut setengah sen kepada 18.5 sen dan 30.5 sen, dan Velesto Energy berkurangan 2.5 sen kepada 26 sen.

Vortex menokok 1.5 sen kepada 32 sen.

Indeks FBM Emas susut 85.09 mata kepada 11,170.22, Indeks FBMT 100 merosot 84.2 mata kepada 11,014.42 dan Indeks FBM Emas Syariah jatuh 116.78 mata kepada 11,282.35.

FBM 70 berkurangan 85.87 mata kepada 13,612.56 dan FBM Ace turun 43.67 mata kepada 4,348.54.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 82.23 mata kepada 16,503.02, Indeks Perladangan merosot 32.5 mata kepada 6,850.07 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 3.48 mata kepada 159.75. – BERNAMA


Pengarang :