NASIONAL

Bursa Malaysia susut

KUALA LUMPUR, 30 MEI: Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan semalam dan dibuka rendah hari ini apabila para pelabur kekal tidak memasuki pasaran bagi mencari petunjuk baharu dalam keadaan prestasi lemah di Wall Street, kata para peniaga.

Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama turun 1.68 mata kepada 1,621.99 selepas dibuka 2.69 mata lebih rendah kepada 1,620.98.

Indeks itu ditutup 9.10 mata lebih tinggi kepada 1,623.67 semalam.

Bagaimanapun, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 94 berbanding 92, dengan 120 kaunter tidak berubah, 1,654 tidak diniagakan dan 103 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 71.70 juta saham bernilai RM59.89 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata kenaikan di Bursa Malaysia baru-baru ini bagaimanapun bukan yang sebenar kerana tidak disertai dengan prospek asas yang bertambah baik.

“Justeru, kami fikir kenaikan itu tidak dijangka berterusan kerana kami menjangkakan pengambilan untung akan berlaku selepas kenaikan besar-besaran dua sesi lepas.

“Sentimen terhadap ekuiti masih berhati-hati dalam keadaan perang perdagangan yang berlarutan yang akan melemahkan pertumbuhan ekonomi global dan seterusnya pertumbuhan pendapatan korporat,” kata firma penyelidikan itu.

Menurut Malacca Securities, saham Malaysia turut akan terjejas memandangkan pergantungan besarnya kepada sektor luaran.

“Oleh itu, kami percaya sebarang kenaikan dalam saham Malaysia akan hanya buat sementara waktu,” kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM9.04, TNB turun empat sen kepada RM12.28, IHH Healthcare jatuh 19 sen kepada RM5.31 dan Sime Darby Plantation berkurangan 10 sen kepada RM4.52.

Dalam kalangan saham cergas diniagakan, AirAsia meningkat 35 sen kepada RM2.98, Vortex Consolidated, Ekovest dan DGB Asia naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 20 sen, 78 sen dan 10 sen.

Sementara itu, syarikat pembuatan produk kawalan hakisan, Fibromat (M) Bhd memulakan dagangan sulung di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini pada 32 sen, premium tiga sen daripada harga tawaran 29 sen, dengan 20,100 saham bertukar tangan.

Indeks FBM Emas meningkat 13.64 mata kepada 11,381.88, Indeks FBMT 100 menambah 14.20 mata kepada 11,240.48 tetapi Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 14.14 mata kepada 11,539.42.

FBM 70 meningkat 122.84 mata kepada 13,937.00 dan FBM Ace berkurangan 10.61 mata kepada 4,280.86.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 43.43 mata kepada 16,656.13, tetapi Indeks Perladangan susut 37.05 mata kepada 6,790.25, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.03 mata kepada 160.11.

-BERNAMA


Pengarang :