NASIONAL

DNA23 wadah penting tingkat teknologi belia

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

BANGI, 15 MEI: Dalam merancakkan kesuburan belia dan rakyat, satu Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK 2019) dianjurkan Majlis Belia Malaysia bersama Kemenerian Belia dan Sukan bertemakan ‘Digital Native Agenda’ (DNA23).

Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun berkata, konvensyen itu adalah wadah penting untuk pemimpin belia berinteraksi secara lebih aktif dan membina rangkaian kerjasama demi manfaat bersama.

Katanya, pihaknya mengangkat tema DNA23 itu bersesuaian dengan ekosistem global yang meletakkan elemen digital dan teknologi sebagai asas dalam gerak aspek baik bidang perniagaan, sukan, kebudayaan, kekeranian mahupun pembelajaran.

“DNA23 ini juga bertujuan bagi merancakkan kesuburan belia dan rakyat dalam perkembangan teknologi yang merangkumi pelbagai cabang.

“Selain itu, ia dapat memacu negara kearah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan tahap kehidupan yang tinggi serta perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek”, katanya.

Pada masa sama, seramai 500 belia daripada pelbagai latar belakang berjaya menyertai Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK 2019) bersempena Hari Belia Sukan 2019 di Panggung Seni , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hari ini.

Sementara itu, Dato’ Seri Anuar Ibrahim tampil bagi menyampaikan ucaptama sebagai individu yang menggerakkan inisiatif DNA23

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksikutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri bagi berkongsi inisiatif mengenai peluang belia dalam dunia digital berssama peserta yang hadir.

Terdahulu, MBM mencatatkan 87.4 peratus pengguna dalam lingkungan umur 20’an hingga 30’an dimana ianya mencatat tahap penggunaan yang paling tinggi.

 


Pengarang :