Dua kontraktor Telekom patah tangan, kaki jatuh menara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Dua kontraktor Telekom patah tangan, kaki jatuh menara

 

KOTA KINABALU, 20 Mei: Dua kontraktor Telekom mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika membuat pemasangan menara pencawang Telekom di Jalan Kuala Abai, Kampung Kuala Abai, Kota Belud, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa Miandi Ungkaris, 40, dan rakan sekerjanya Selverinus Dami, 28, dilaporkan terjatuh dari menara pencawang Telekom dan tersangkut di ketinggian 30.48 meter dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.


Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 4.37 petang sebelum sepasukan bomba daripada Balai Bomba Kota Belud bergegas ke lokasi terletak 12 kilometer bersama dua jentera.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan sama iaitu patah tangan kanan dan kaki kanan serta bahagian muka. Mangsa berjaya diturunkan rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Ketika bomba tiba, mangsa masih dalam keadaan sedar dan mereka diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Operasi tamat pada jam 5.20 petang. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next