GLOBAL

Empat maut dalam kejadian tembakan di Brazil

RIO DE JANEIRO, 28 MEI: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah bar, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Insiden pada Ahad itu berlaku di Sao Goncalo, sebuah perbandaran di Rio de Janeiro, Brazil, Dalam kejadian itu penyerang melepaskan tembakan rambang dari dalam sebuah kenderaan yang bergerak, menyasarkan pengunjung bar berkenaan, menurut Jabatan Bomba Bandaraya Brazil.

Dua maut di tempat kejadian dan dua di hospital, manakala tujuh lagi mangsa cedera dikejarkan ke klinik berhampiran.

Sejurus itu, penyerang memberhentikan kenderaannya di hadapan sebuah lagi bar dan mencuri telefon bimbit serta barang berharga milik pengunjung, memetik laporan laman web Brazil G1.

Motif kejadian masih disiasat dan polis sedang menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan pertikaian di kalangan pengedar dadah. – BERNAMA


Pengarang :