SELANGOR

EXCO cadang setiap daerah miliki litar lumba mini

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 MEI: Setiap daerah di Selangor wajar memiliki litar lumba mini masing-masing bagi merancakkan lagi sukan pemotoran di negeri itu, kata EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Modal Insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata, pembinaan litar lumba mini boleh dilaksanakan sekiranya terdapat lokasi sesuai untuk dibangunkan.

 

“Litar lumba ini boleh menjadi pendorong kepada anak muda yang minat berlumba motor membabitkan diri dalam sukan ini dengan aktif.

“Langkah ini juga dapat mengurangkan gejala remaja terlibat dalam perlumbaan motor haram,” katanya kepada SelangorKini.

Menyentuh Litar Rakyat Kuala Selangor, Mohd Khairuddin berkata, litar itu akan dijadikan sebagai Pusat Moto Negeri dan daerah.

Katanya, Litar Rakyat Kuala Selangor itu juga akan dijenamakan semula ke arah lebih profesional dalam pelbagai aspek berbanding sebelum ini.

 


Pengarang :