SELANGOR

Gangguan air di Lembah Klang, Air Selangor jalankan kerja pembaikan

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 5 MEI: Beberapa kawasan di Lembah Klang akan terjejas dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden tiga paip utama pecah.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya akan menjalankan kerja pembaikan tiga paip berkenaan.

“Kejadian ini berlaku susulan tiga paip utama pecah berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping dan segala usaha baik pulih gangguan air ini akan dipercepatkan.

“Kami akan mengemaskini status dan perkembangan ganguan bekalan air itu dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Raof berharap pelanggan memberi kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk aplikasi telefon pintar “Air Selangor” atau melalui laman sesawang www.syabas.com.my bagi senarai kawasan terjejas dan status terkini.


Pengarang :