Gangguan air sekitar Klang dijangka selesai malam ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Zareef Muzammil

Gangguan air sekitar Klang dijangka selesai malam ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 6 MEI: Kerja pembaikan bagi tiga paip utama yang pecah berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting – Taiping membabitkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Klang dijangka siap, pada 8 malam ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, berkata, kerja pembaikan bagi paip berkenaan mengambil sedikit masa tambahan ekoran kerosakan serius pada paip jajaran utama bersaiz 1400mm, 900mm dan 600mm yang menyukarkan usaha pihaknya mempercepatkan proses pembaikan.


“Bantuan bekalan air kecemasan melalui tangki air masih digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas.

“Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili masih diaktifkan sehingga bekalan pulih sepenuhnya untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang terjejas.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan dan berusaha mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air kepada pelanggan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat dan status terkini, boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor” dan Twitter @air_selangor.

Pelanggan juga boleh menghubungi di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 dan 019-280 0919 untuk bantuan.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next