BERITA UTAMASELANGOR

Gangguan air susulan paip bocor di Gombak

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 28 MEI: Beberapa kawasan di daerah Gombak menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji dan berdekatan Masjid Al Amaniah, hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Indian Settlement; Kampung Baru Batu Caves; Kampung Melayu Batu Caves; Taman Samudera; Taman Selasih Fasa 1 dan 2; Taman Greenwood; Taman Berjaya dan Taman Greenwood Indah.

Turut terjejas Kampung Changkat; Taman Koperasi fasa 1 dan 2; Taman Pelangi Jaya; Kampung Batu Muda Tambahan; Kampung Batu Muda, Taman Bullion Mewah, Perusahaan Batu Caves, Taman Sri Batu Caves dan Taman Desa Batu Caves.

Pengguna yang mahu ke arah Sungai Tua dinasihatkan menggunakan laluan alternatif di Jalan Sri Selayang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Status terkini kerja baik pulih boleh diperoleh menerusi laman Facebook, Twitter @air_selangor dan memuat turun aplikasi Air Selangor.

 


Pengarang :