NASIONAL

Guardian lancar beg tote Naelofar

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Guardian Malaysia melancarkan beg tote Koleksi Musim Panas Eksklusif yang direka dan diilhamkan oleh pelakon dan usahawan, Noor Neelofa.

Ketua Pemasaran Kesihatan dan Kecantikan Guardian, Wong Vai Chi berkata, syarikat itu mahu menawarkan sesuatu yang eksklusif dan cantik kepada pelanggan yang mengunjungi kedai Guardian.

Beg berkenaan yang dikenali sebagai ‘Nature Beauty’, ‘Red Blossoms’ dan ‘Floral Serenity’, akan menawan hati mereka yang sukakan alam dan bunga.

Beg dengan rekaan menarik itu boleh didapati pada diskaun 40 peratus (RM17.90) dengan sebarang pembelian produk penaja bernilai RM20 atau produk bukan penaja bernilai RM30.

Semasa majlis pelancaran itu yang turut dihadiri selebriti berkenaan, Wong juga mengumumkan promosi khas Guardian, ‘Seiring Ramadan’ yang menawarkan diskaun 50 peratus ke atas produk terpilih sepanjang Ramadan.

“Bagi mereka yang suka kepada petua kesihatan, Guardian akan memuat naik nasihat berguna daripada Joanna Soh – YouTuber kecergasan #1 Asia- di laman Facebook dari semasa ke semasa,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :