Hari Afrika 2019 disambut 27 Jun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Hari Afrika 2019 disambut 27 Jun

KUALA LUMPUR, 25 MEI: Majlis sambutan Hari Afrika yang kebiasaannya disambut pada 25 Mei setiap tahun kali ini akan diadakan pada 27 Jun, sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Sambutan kali ini turut meraikan ulang tahun ke-65 Pertubuhan Kesatuan Afrika (OAU), yang kini dikenali Kesatuan Afrika (AU), yang ditubuhkan pada 1963.

Bertemakan ‘Year of Refugees, Returnees and Internally Displaced Persons: Towards Durable Solutions to forced displacement in Africa’, sambutan tahun ini bakal diserikan dengan majlis dianjurkan Ketua Misi Afrika di Kuala Lumpur.


Kedutaan Senegal merangkap ahli jawatakankuasa kecil sambutan dalam satu kenyataan menyebut: “Sambutan Hari Afrika, di samping menggambarkan dan menyerlahkan tema yang dipilih, ia bertujuan mewujudkan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam mengenai kepelbagaian dan kekayaan budaya dari benua Afrika.

Selain itu, Hari Afrika mengiktiraf dan meraikan kejayaan OAU dalam memerangi penjajahan dan apartheid, selain kemajuan dicapai Afrika sejak ia ditubuhkan pada Mei 1963.

Tambah kenyataan itu lagi, AU menyaksikan banyak pembangunan dari sudut sosio-ekonomi dan politik, termasuk peningkatan keusahawanan, akses pendidikan lebih baik dan penurunan kadar kematian kanak-kanak.

Lebih ramai wanita berkhidmat di Parlimen, dan pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan di beberapa negara Afrika.

Hari Afrika 2019 dijangka disertai antaranya utusan dan diplomat dari Kedutaan Afrika dan Suruhanjaya Tinggi di Malaysia, wakil kerajaan, ahli-ahli diaspora Afrika, wakil syarikat Afrika di Malaysia serta orang awam.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next