PASIR PUTEH, 21 Mei — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub memegang padi wangi MRQ76 selepas menuainya sempena Majlis Dialog dan Perasmian Tuaian Padi Di Bendang Kolam Tembusu Kedai Menanti Selising hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Isu NFC perlu selesai segera-Salahuddin

KOTA BHARU, 21 MEI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu isu National Feedlot Corporation (NFC) dapat diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dalam masa terdekat iaitu beberapa bulan lagi sudah ada sebuah syarikat yang berminat untuk membeli NFC.

“Saya telah membuat kenyataan seawal berada di MOA, sebuah syarikat berminat untuk beli NFC, kita telah lihat syarat-syarat itu dan perkara ini telah diajukan kepada perdana menteri dan menteri kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga MOA Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Katanya, pihaknya menyambut baik sekiranya syarikat berkenaan dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menyelesaikan pinjaman dengan Kementerian Kewangan.

“Menteri kewangan dah beri respon bahawa NFC perlu kembalikan semula pinjaman, itu terma yang perlu dipatuhi.

“Saya dimaklumkan syarikat ini memang amat berminat untuk ambil alih NFC dan sekiranya semua syarat dipenuhi, kita tak ada masalah. Syarikat baru boleh meneruskan projek NFC, mungkin kita tukar nama baru, ” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :