KUALA LUMPUR, 22 Mei — Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Surau Jabal Nur Sri Gombak Hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
SELANGOR

Jangan terjebak aktiviti ekstremisme – Mohamed Azmin

OLEH NADIAH ZAMLUS

GOMBAK, 22 MEI: Umat Islam tidak sepatutnya terbabit dengan aktiviti ekstremisme yang akan membawa imej buruk di mata orang bukan Islam.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, umat Islam perlu berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan keadilan, walaupun berdepan cabaran dari dalam mahupun luar negara.

“Ramadan adalah masa terbaik untuk menggilap prinsip ini ketika berdepan cabaran yang makin getir tidak kira dalam isu politik mahupun ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia 2019, di Surau Jabal Nur, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor, Soffan Affendi Aminudin.

Pada majlis itu, seramai 500 penerima dari kawasan DUN Gombak Setia menerima sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri.


Pengarang :