Jom Shopping Aidilfitri DUN Seri Serdang peruntuk RM75,000 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Jom Shopping Aidilfitri DUN Seri Serdang peruntuk RM75,000

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 27 MEI: Sebanyak RM75,000 diperuntukkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang bagi program Jom Shopping Aidilfitri.

Ahli Dewan Negerinya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, seramai 750 keluarga asnaf, warga emas dan Orang Kelainan Upaya di sekitar Seri Serdang dan Puchong menerima bantuan Aidilfitri terbabit.


“Saya seronok melihat wajah gembira mereka apabila menerima bantuan ini dan ada yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

“Mungkin bagi orang berada RM100 itu sedikit namun bagi golongan seperti mereka ia amat bernilai,” katanya menerusi laman Facebook rasminya.

Terdahulu, program Jom Shopping Aidilfitri 2019 itu diadakan di pusat membeli belah Giant Seri Kembangan, semalam.

Pemuda Parti Amanah Negara turut turun padang membantu mengedarkan hadiah percuma dari pasar raya terbabit.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukan lebih RM7 juta setiap tahun bagi membiayai program Jom Shopping, di Selangor.

Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat itu adalah salah satu tanda kasih Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor.

Program itu mula diadakan sejak 2008 sebagai satu tanda kasih dan perkongsian antara Kerajaan Negeri dengan rakyat.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next