EKONOMINASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM32.08 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam, RM15.73 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tender pasaran wang lelongan matang sebanyak RM8 bilion selama dua hingga 62 hari dan dua tender Qard yang merangkumi RM1.2 bilion selama enam hari dan RM900 juta selama 13 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional semalaman sehingga RM24.1 bilion dan RM13.7 bilion untuk tender Murabahah semalaman. – BERNAMA


Pengarang :