Laksana tanggungjawab dengan amanah-MB | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Zaim Badrul Hisham

Laksana tanggungjawab dengan amanah-MB

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 17 MEI: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyeru seluruh penjawat awam di Selangor supaya menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan amanah.

Katanya, hal itu kerana sektor perkhidmatan awam adalah tulang belakang kepada pelaksanaan dasar negara dan negeri.


“Kita tahu negara maju mempunyai sektor perkhidmatan awam yang disegani dan berfungsi secara profesional demi kepentingan rakyat.

“Jadi saya yakin dengan kebolehan dan komitmen penjawat awam negeri ini, kita dapat melonjakkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan awam ke tahap berkelas dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Kerajaan Selangor, di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK, di sini.

Pada masa sama, Amirudin yakin ketekunan penjawat awam bukan kerana mengejar imbuhan semata-mata, sebaliknya ikhlas dan komited berkhidmat kepada rakyat.

“Komitmen penjawat awam adalah berdasarkan tanggungjawab bagi meneruskan kecemerlangan dan melaksanakan perubahan yang diingini rakyat.

“Beruntunglah rakyat Selangor kerana hasil kekayaan negeri turut diagih bersama rakyat dalam menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan infrastruktur terbaik,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next