GLOBAL

Lelaki mengamuk di Tokyo, tiga maut termasuk penyerang

TOKYO, 28 MEI: Seorang murid sekolah rendah dan lelaki berusia 30-an maut akibat ditikam dalam satu kejadian di Tokyo pada Selasa pagi.

Penyerang turut terbunuh dalam kejadian itu, lapor agensi berita Xinhua.

Seramai 15 belas lagi murid cedera selepas penyerang berusia lingkungan 40-an atau 50-an mengamuk sebelum menikam beberapa mangsa, selain mencederakan dirinya sendiri, menurut polis.

Dua murid perempuan dan seorang wanita berusia 40-an kini dirawat kerana kecederaan serius.

Jabatan bomba tempatan dimaklumkan mengenai insiden itu pada 7.45 pagi waktu tempatan, kejadian berlaku di sebuah taman di kawasan kediaman berhampiran Stesen Noborito di Kawasaki City.

Ketika kejadian murid sekolah sedang menunggu bas.

Polis turut menemui dua bilah pisau di lokasi kejadian. – BERNAMA


Pengarang :