PUTRAJAYA, 22 Mei — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek biasiswa pendidikan rakyat Palestin di Malaysia bernilai RM3.5 juta oleh Naib Canselor dan Presiden Albukhary International University Prof Datuk Ir Mohd Jailani Mohd Nor (kanan) kepada Pengerusi PCOM Muslim Imran pada Majlis Berbuka Puasa Tahunan Kali Kesembilan Bersama Masyarakat Palestin di Malaysia di Dewan Sri Endon Puspanitapuri hari ini. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin

PUTRAJAYA, 22 MEI: Kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar dari Palestin untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di 12 universiti ternama, di Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Puspanitapuri, di sini sejurus selepas majlis Iftar anjuran Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).

Dr Mahathir berkata, biasiswa bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi PCOM.

Hadir sama isteri kepada perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; bekas pengerusi Hamas, Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM, Muslim Abu Umar.

Antara 12 universiti terbabit ialah Albukhary International University, Mahsa University, Kolej Universiti Islam Perlis, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

Ia adalah inisiatif Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

-BERNAMA


Pengarang :