MB rakam takziah pemergian legenda bola sepak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MB rakam takziah pemergian legenda bola sepak

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 7 MEI: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, merakamkan ucapan takziah atas pemergian legenda bola sepak Selangor, Allahyarham Anuar Abu Bakar.

Menerusi coretan di Twitter, Amirudin mengimbau kembali sumbangan Anuar yang banyak membantu pasukan Red Giants menjuarai liga bola sepak.


“Belasungkawa atas pemergian Anuar Abu Bakar, pemain legenda Selangor yang membantu pasukan Merah Kuning menjuarai Liga Premier dan Piala Malaysia.

“Nama yang bukan asing dalam kancah bola sepak tanah air. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga,” tulisnya.

Anuar yang menghidap kanser hati menghembuskan nafas terakhir sekitar 9.30 malam tadi, di Hospital Shah Alam.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah mewakili Malaysia ke Kejohanan Piala Kemerdekaan (1995), Sukan SEA di Thailand (1996) dan Kejohanan Piala Tiger di Singapura (1996).

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next