MB turun bazar Ramadan, agih bubur lambuk | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

MB turun bazar Ramadan, agih bubur lambuk

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 11 MEI : Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyantuni peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan Kampung Laksamana dan Gombak Permai, di sini, hari ini.

Beliau turut mengagihkan lebih 50 bubur lambuk, kurma, apron dan topi kepada peniaga di situ.


Amirudin berkata, kedua dua bazar itu sering dilawatinya setiap tahun kerana juadahnya yang pelbagai dan menarik.

“Saya berasa gembira dapat bertemu sendiri dengan pengunjung dan peniaga yang ada di bazar Ramadan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) saya sendiri pada tahun ini.

“InsyaAllah selepas ini saya akan melawat lagi dua bazar di Taman Selayang dan Selayang Baru yang kita akan aturkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor selepas Lawatan Dato’ Menteri Besar ke Basar Ramadan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, beliau gembira dengan sambutan pengunjung yang berkunjung ke bazar di situ.

“Saya optimis perniagaan peniaga bazar Ramadan tahun ini bertambah baik dan semoga keadaan cuaca juga baik,” katanya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next