MBPJ PBT pertama laksana skim rebat cukai taksiran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

MBPJ PBT pertama laksana skim rebat cukai taksiran

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

PETALING JAYA, 24 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di benua Asia melaksanakan skim rebat cukai taksiran kepada pemilik rumah mesra alam hijau.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Anuar berkata, skim rebat itu telah memasuki tahun ke lapan penganjurannya antara usaha dalam memacu Petaling Jaya sebagai bandaraya mampan dan berkarbon rendah.


“Selain itu, inisiatif ini turut menerima Anugerah Green Apple pada 2013 malah ia dipilih oleh kerajaan sebagai pilot projek bagi pelaksanaan Projek Green Technology Application for Low Carbon Cities (GTALCC).

“Ia adalah projek pembangunan inisiatif teknologi hijau di Malaysia bersama United Nation Development Programme (UNDP) selama lima tahun dan kerajaan persekutuan sedang giat merangka strategi memperluaskan pelaksanaan insentif ini ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Skim Rebat Cukai Taksiran Rumah Mesra Alam Hijau Petaling Jaya di Bilik Gerakan, Tingkat Satu Ibu Pejabat MBPJ, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; Lee Lih Shyan, Panel Penilai Skim Rebat Cukai; Anthony Tan Kee Huat, Ketua Jabatan dan Pegawai MBPJ.

Katanya, skim berkenaan ditawarkan kepada pemilik rumah yang menjadikan kediaman mereka mesra alam mengikut beberapa aspek seperti penjimatan air, tenaga elektrik atau solar, pengurusan sampah mengikut konsep 3R dan kepelbagaian biologi.

“Sepanjang tempoh ia dilaksanakan, pertambahan penyertaan dapat dilihat pada setiap tahun, bermula dengan hanya 49 permohonan sahaja pada 2011 kini pihak majlis menerima lebih 600 permohonan.

“Hasil usaha promosi yang giat dijalankan serta peningkatan tahap kesedaran penduduk, jumlah keseluruhan rebat yang diberikan MBPJ sepanjang tempoh lapan tahun ini sebanyak RM414,380.48,” katanya.

Terdahulu, MBPJ menawarkan rebat dalam bentuk cukai taksiran sehingga 100 peratus kepada pemilik rumah yang menjadikan kediaman mereka lebih mesra alam bagi mencapai matlamat sebagai bandaraya hijau berkarbon rendah.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next