SELANGOR

MBPJ tamatkan bayar cukai taksiran melalui UOB

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 18 MEI: Perkhidmatan bayaran kutipan cukai taksiran secara dalam talian melalui United Overseas Bank Ltd. (UOB) akan ditamatkan kepada semua pemilik hartanah di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), bermula 31 Mei ini.

Bagaimanapun, orang awam masih boleh menggunakan saluran bayaran dalam talian melalui perbankan lain untuk memudahkan urusan, kata MBPJ dalam kenyataan.

Katanya, antara perbankan itu adalah Maybank2u, Ambank (MBF click&Pay), Citibank, Ambank, RHB Bank, HSBC Bank, Hong Leong Bank, Bank Rakyat, Pos Online, Bank Islam Online dan JomPay.

“Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-79563544 sambungan 102 atau layari www.mbpj.gov.my,” katanya.


Pengarang :