MPK tawar diskaun saman serendah RM5 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

MPK tawar diskaun saman serendah RM5

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 15 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi tawaran diskaun saman tempat letak kenderaan yang dikeluarkan bermula 2011.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, orang awam hanya perlu membayar denda RM5 bagi setiap satu saman yang dikeluarkan dari 2011 hingga 2015.


Katanya, bagi kompaun dikeluarkan diantara 2016 hingga 2019 pula, hanya perlu membayar RM15 setiap satu saman.

“MPK menurunkan kadar pembayaran denda ini kerana mahu orang ramai membayar, dan berharap supaya pemilik kenderaan menggunakan peluang ini sebaiknya.

“Bagaimanapun tawaran diskaun ini tidak sama sekali akan diberikan kepada mereka yang disaman kerana meletakkan kenderaan di tempat letak kereta Orang Kurang Upaya,” katanya.

Pemberian diskaun ini akan dijalankan sehingga 2 Jun.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next