SELANGOR

MPSepang anjur pertandingan tandas bersih

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menganjurkan pertandingan tandas bersih bersempena Tahun Melawat Sepang 2020.

Pertandingan itu membabitkan tiga kategori iaitu masjid dan surau, stesen minyak serta premis makanan di sekitar daerah berkenaan.

Hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang dengan tempat pertama bakal memenangi wang tunai RM1,000; kedua (RM700) dan ketiga RM500.

Borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.mpsepang.gov.my dan dihantar ke Jabatan Kesihatan Persekitaran, Aras 2, MPSepang sebelum atau pada 25 Julai ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kesihatan, Persekitaran MPSepang di talian 0383190200 sambungan 238/239.

 


Pengarang :