GLOBAL

Papua New Guinea lantik perdana menteri baharu

PORT MORESBY, 30 MEI: James Marape dilantik sebagai perdana menteri baharu Papua New Guinea (PNG) pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Pelantikan itu ekoran perletakan jawatan Peter O’Neill, pada Rabu selepas siri pembelotan berprofil tinggi oleh partinya sendiri sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Kesemua 111 anggota parlimen berhimpun di parlimen pada Khamis pagi bagi memilih pemimpin baharu.

Marape adalah tokoh paling kanan dalam politik PNG, berasal dari daerah dataran tinggi wilayah Hela dan pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan di bawah pemerintahan O’Neill, sebelum meletak jawatan pada April.

-BERNAMA


Pengarang :