PDRM rafak sembah takziah kepada Agong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

PDRM rafak sembah takziah kepada Agong

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah, hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, PDRM akan menyalurkan segala bantuan yang perlu bagi memastikan urusan istiadat kemangkatan berjalan lancar dan sempurna.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para aulia syuhada serta orang beriman,” katanya.


Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Baginda mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 8.50 pagi tadi.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next