GLOBAL

Pelakon Power Rangers ditemui mati

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 MEI: Pelakon yang terkenal dengan watak Power Rangers, Pua Magasiva, ditemui mati pada Sabtu lalu.

Mayat Pua, 38, ditemui di Wellington, New Zealand dan polis masih menyiasat punca kematian.

Berita tragis itu disahkan syarikat produksinya, South Pacific Pictures.

“Kami benar-benar sedih dengan kehilangan Pua, dia amat disayangi oleh semua kakitangan yang berada dalam syarikat, takziah buat ahli keluarga Pua,” kata syarikat itu melalui kenyataan di laman sosial mereka.

Pelakon kelahiran New Zealand itu sebelum ini melakonkan watak sebagai Shane Clarke, Ranger Wind Red dalam Power Rangers Ninja Storm, antara program televisyen paling terkenal sekitar 1990-an.

Pua berkahwin dengan seorang guru, Lizz Sadler tahun lalu.


Pengarang :