BERITA UTAMA SELANGOR

Pelihara keunikan budaya dan agama di Selangor – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 MEI: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang beragama Buddha.

Amirudin Shari melalui catatannya di laman media sosialnya berkata, sambutan itu amat penting kepada komuniti Buddha yang memperingati kelahiran, pencerahan agung dan pemergian Gautama Buddha menerusi Nirvana.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha khususnya di Selangor.

“Kepelbagaian agama dan budaya di Selangor yang unik mesti dipelihara dan menjadi asas perpaduan serta kesentosaan negeri kita,” tulisnya.

Hari Wesak disambut hari ini menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Ia adalah antara festival paling meriah, dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bungaan berwarna-warni.

 


Pengarang :