SELANGOR

Pemulihan air di Klang masih ditahap 99%

SHAH ALAM, 12 MEI: Pemulihan air di beberapa kawasan di Klang masih ditahap 99 peratus setakat jam 6.00 petang, kata Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad.

Katanya, segala usaha sedang ditumpukan untuk memulihkan bekalan di Bandar Putera 2, Bandar Parkland dan Taman Sentosa.

“Pusat Khidmat Setempat akan terus beroperasi di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas bagi memberi bantuan kawasan-kawasan yang masih terjejas.

“Kerjasama semua pelanggan agar tidak membuat simpanan bekalan melebihi penggunaan amatlah dihargai bagi membantu kelancaran proses pemulihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerjasama semua pihak amat dihargai

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh mengubungi Air Selangor di talian 15300 atau boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk mendapatkan status terkini yang akan di kemaskini dari semasa ke semasa.


Pengarang :