SELANGOR

Pemulihan bekalan capai 95% setakat 6 petang

SHAH ALAM, 11 MEI: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, ahli Kumpulan Air Selangor memaklumkan pemulihan bekalan di kawasan terjejas telah mencapai tahap 95% setakat jam 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan.

Katanya, Pusat Khidmat Setempat di kawasan yang masih terjejas juga akan terus beroperasi hingga bekalan pulih sepenuhnya.

“Status pemulihan akan dikemaskini dari masa ke masa dan pelanggan yang masih terjejas boleh menghubungi kami di talian 15300 untuk bantuan atau rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor untuk maklumat terkini,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Berikut adalah kawasan yang masih dalam proses pemulihan sepenuhnya:

1. Bandar Puteri & Putera 2
2. Jalan Limbungan
3. Jalan Syahbandar
4. Kg Keretapi
5. Pangsapuri Sri Perantau
6. Parkland
7. Perindustrian Bdr Sultan Sulaiman
8.Perindustrian Bukit Raja Selatan
9.Pelabuhan Utara
10.Sungai Sireh
11.Taman Sentosa


Pengarang :